1. Kampung Kraftangan
Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan.
Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong. Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan.Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.
Pelbagai jenis cenderamata dijual
Berdekatan Kampung Kraftangan ini juga terdapat banyak monumen, tinggalan sejarah, kebudayaan dan kesenian yang boleh anda lawati seperti Bank Kerapu, Muzium Kraftangan, Istana Balai Besar, Padang Bank, Istana Jahar dan Pintu Gerbang. Selain itu, Masjid Muhammadi juga terletak berdekatan.
Kampung Kraftangan ini sangat sesuai jika datang seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah. Jika datang menginap di sekitar Kota Bharu, Kampung Kraftangan ini adalah tempat yang wajib anda lawati.
2. Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan
Budu, budu, budu...
Tak dapat dipisahkan dari negeri Kelantan.
Sebut je budu, mesti teringat Kelantan.
Sebut je Kelantan mesti teringat Budu.
Huahuahua
Negeri Kelantan memang terkenal dengan masakan manis,namun ia sering kali mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang melancong ke negeri ini.salah satu makanan khas yang terdapat di negeri Kelantan ialah restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan Restoran mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Mengapa? Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.Terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka (letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini), RNUKK tidak sukar dijejaki.Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya, Cikgu Hamid Idris, 58, RNUKK mula beroperasi di sini sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya.
3.Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu.Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung. Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, wajib datang ke sini jika anda menginap di sekitar Kota Bharu.
4. Kota Sultan Ismail Petra
Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.
Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja.
Jika bercuti di Kelantan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke kawasan ini terutamanya jika anda pertama kali ke Kelantan.
5. Taman Tengku Anis Kota Bharu
Kebetulan pada waktu petang baru-baru ini, saya berkesempatan bersantai di Taman Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan. Sudah agak lama tidak ke sini. Kali terakhir seingat saya pada tahun 2013.
Taman Tengku Anis ini lokasi sesuai untuk beriadah dan beristirehat bersama keluarga terutamanya di waktu petang pada hujung minggu. Juga sesuai membawa anak-anak bermain di sini dan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah. Keluar peluh, badan dan otak pun sihat.
6. Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Negeri Kelantan juga terkenal dengan pusat membeli-belah yang menawarkan harga yang berpatutan.Memag tidak dinafikan,Kelantan mempunyai banyak pusat membeli-belah,antaranya ialah Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka.Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar ‘mencuci mata’ dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan,
Wakaf Che Yeh adalah tempat yang ‘wajib’ dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.
7. Pasar Besar Siti Khadijah
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu.Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Matsebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
7 .Warung Pak Mat
Nak cari lokasi Warung Pak Mat Pulau Pisang ni senang je.. If dari Kota Bharu, ikut sahaja papan tanda menuju ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).. Kemudian akan nampak papan tanda ke Kuala Besar, masuk di simpang ke Kuala Besar dan akan nampak papan iklan besar Medan Ikan Bakar.. Warung Pak Mat Pulau Pisang terletak di Medan Ikan Bakar tersebut..
Waktu operasi Warung Pak Mat adalah bermula pada jam 7 pagi sehingga jam 3 petang setiap hari kecuali hari Selasa..
Viabox menawarkan servis penghantaran yang cepat kerana barangan diproses dalam masa satu hari sahaja. Kadar penghantaran paling murah berbanding syarikat penghantaran yang lain. Barangan anda dijamin selamat dan penghantaran dijamin laju. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.viabox.com
ReplyDelete