Friday, 25 September 2015

My Life Story kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sesi 2013/2014

Assalamualaikum,

Disebabkan sekarang tengah cuti raya haji yang tak berapa lama nie, so tergeraklah hati nak cerita life kat matrik dulu. Jujur lrr aku cakap, life kat matrik paling best. Now aku dah belajar kat utm ambik kos binaan bangunan. Tinggal lagi 2 hari sebelum balik utm dan maybe akan lebih busy daripada sebelum nie.Okay, based on title aku nak cerita lrr life kat matrik.




Tanda korang dah sampai Matrik negeri sembilan ni, first thing yang korang akan nampak adalah papan tanda ni. So kalaulah ada new students dapat matrik negeri sembilan ke, nak sure korang sampai ke matrik yang betul, papan tanda ini memainkan peranan yang penting.hahahaha




Nie pulak gambar surau KMNS. Surau ni akan penuh dan digunakan time orientasi selama seminggu yang penuh derita. Yang sedihnya time orientasi je lah suraunya penuh. Lepas habis orientasi agak krik2 ckit. Kalau solat maghrib isyak tu adalah dalam 3/4/5 saff. Tapi disebabkan aku amik gambar nie kat google, aku rase nie gambar lama punyer. Sekarang dah cantik dah. Ada tempat peneduh jalan nk ke blok c. Blok C dekat je ngan surau. Suraunya tetap sama cam dalam gambar. Tapi solat jumaat bukan kat surau ye. Solat jumaat korang kena jalan kaki around 500 meter from matrik pergi ke masjid yang bernama Masjid Saidina Ali.



Gambar nie pula adalah bangunan makmal. Makmal bio, fizik , kimia sume kat sinilah. Semua kelas akan buat kat sini. Yang paling penat duk kat sini pagi2 agi kena panjat tangga sbb kelas tingkat 4. One more, wifi kat laju. Kalau nk download cite boleh lrr slow2. Haha.




Gambar nie pulak adalah asrama blok A, blok pompuan. Kat sini cuma ada 3 blok je. block A,B ngan C. Blok A ngan C ialah blok pompuan n blok B adalah blok laki.Blok yg paling best adalah blok A sbb dekat dengan kelas n pagar. kalau nk outing pn senang je.



Nie pulak gambar dalam bilik. Tak tahu gambar bilik sape nie. Nie pn jmpa dlm google. Bapak bersepah bilik. HAHAHA. Walaupun dinding bangunan nie serupa mcm penjara tpi banyak kenangan manis dkat sini.



Sebenarnya banyak lagi gambar yang korang boleh usha kat google kalau nak tengok dia punya asrama ke cafe ke blok tutoran ke ape ke. Sebab aku dah malas nak cari gambar banyak2 kat google. Maafkan saya. Heee.





Okay ni baru ape orang kata orang pendahuluan. Now baru kita start citer2. okay!


First impression aku sampai KMNS, "Matilah aku duduk sini, takde mall, dkat ngan hutan, bilik xcantik..." walaupun nampak cam sakai tapi tu lah first impression aku. Matrik negeri sembilan ni dah lrr dia letak kat kuala pilah. memnag pendalaman aku cakap. Kalau nak ke Seremban ambil masa 1 jam. Kalau nak ke Bahau ambik masa setengah jam. Pastu mall yang dekat ngan matrik ni adalah giant and econsave. Tu pun korang kena naik van ke teksi ke. Kalau rajin pergilah jalan kaki. memang aq tabik! =,=.

Back to story, lepas tu aku pun pergilah daftar. Time daftar ni dia agak terususun lrr sebab dia macam ada station2. Kira tak pening kepala korang kalau daftar. Tapi maaflah takde gambar untuk disajikan. Lepas daftar then korang pergilah ke mana dorm yang korang dapat. Kalau budak pompuan akan ditempatkan kat Blok A ngan C. Blok tue plak berpecah kepada 5. A1, A2, A3, A4 and A5. Aku dapat A2, yang paling dkat ngan cafe A. Siapa dapat blok C agak sakitlah sebab blok C adalah blok budak pompuan yang paling jauh dari surau, Blok Tutoran, Makmal, Dewan Kuliah dan sebagainyalah. Tapi kalau duduk blok C ada jugak kelebihan tau. Yang bestnya kat blok C ialah ada Cyber Cafe. So kalau nk print pape ke senang. Lagi 1, line internet kat blok C laju siket sebab dia kat atas bukit. WiFi? Maaf, dekat blok takde disediakan WiFi. Cafe C pun takde wifi. SO kalau sesape berangan yang ada WiFi kat bilik sila hapuskan mimpi anda itu. Hahaha.....

Pastu bila lepas korang dah daftar bilik ape sume then petang tu around pukul 4 maka bermulalah minggu orientasi yang agak sengsara dia mana korang kena pakai baju kurung dan tudung yang disediakan oleh pihak matrik setiap pagi and setiap malam. selama seminggu. Minggu di mana korang kena bangun pukul 4.30 pagi then mandi terus pakai baju kurung dan tudung pastu kumpul kat bawah blok masing2 and secara beratur pergi ke surau untuk solat subuh berjemaah. Pastu ada ceramah sampai tengah hari pastu barulah korang boleh naik bilik tu pun sekejap just untuk tukar baju koko matrik dan ada ldk dengan ahli2 praktikum korang sampai la asar then solat then ada la aktiviti lain sampai pukul 6 lebih. *Praktikum=kelas.* Pastu korang cuma ada 30 minit untuk makan malam dan bersiap untuk solat dan program malam pula. Pakaian untuk malam tak lain tak bukan adalah baju kurung dan tudung. Sadis kan? Hahaha.... Ni adalah gambaran kasar aku time aku orientasi. Time batch sekarang nie tak taulah macam mana pulak.


okay aku rase sampai sini jelah kot. Biar gambar yang berbicara.



Seperti korang semua tgk, aku tinggal kat blok A2 aras 4 n wing A. Tingkat paling atas sekali. Hahaha.





Nie gambar masa jamuan bbq. Waktu nie 5 org xde.Aku rasa waktu nie paling best sbb selain mkn kitorang buat games. First time aku dengar games polar bear. Aku ingat game ape lrr tue. Rupa2 nyer mcm game police n thief je. Dah lrr org first kena tuduh sbagai polar bear hampehhh -,-.Masa main tue tiba2 kena marah ngan guard sbb bising sgt hahaha. Tpi serius aku ckap aku enjoy gilerr game tue. Hahaha



Nie gambar time bbq.2 org kat tepi sebelah kiri tue rumate aku. Rumate paling aku sayang skali. heeee


Nie pulak gambar time nk p surau. Rumate sorang agi xde. :(



Kalau petang2 kitorang akn ke belakang blok main badminton




Nie gambar masa awal sem. Aku xtahu diorg buatpe. Cari kutu kot? hahaha




Nie contoh student 4flat. lecturer tgh ajar kat dpn. Sempat agi dia tidur. haahaha




Nie pulak gambar kursus jenazah. Terbaikk





Mcm nie lrr keadaan kat mesin basuh blok aku.



Jamuan bbq student Long Gafar kat KMNS




Nie gmbar masa tgh test. Kantoi tgh tiru. Hahaha





Nie classmate pompuan masa matrik dulu




okey nie pulak gmbar semua student modul 2.



Nie semua adalah lecturer kat KMNS. sporting x diorg?? siap selfie agi. hahahaha


Itu sahajalah cerita untuk hari nie.Banyak agi gmbar nak share sebenarnya tpi byk yg x bertudung n xtutup aurat.hmmm... kalau ada pape nak tanya pasal matrik umumnya and KMNS khasnya silalah bertanya jangan malu jangan segan. Okay. Assalamualaikum


7 comments:

  1. hahaha samalah kita , dpt blok A2 Tingkt 4 Bilik 5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. hahaha dalam bilik tue ada lagi tak lukisan kat dinding?? lukisan tue bdk bilik kami yg lukis :)

      Delete
  2. hahaha samalah kita , dpt blok A2 Tingkt 4 Bilik 5.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,, akak mmg kene bgun seawal 4.30pagi ker,,😧
    1)tudung kmns sediakan???tdung ape??bwal?shawl?sarong?
    2)Ade tempat basuh baju pakai tgan tak?
    3)mase orientasi pakai baju kurung?kasut?kasut PVC ke?sandal ke?
    4)boleh tak bawak HP dlam kelas?
    5)Setiap Kali solat mmg kene jemaah ke?
    6)riadah wajib tak?ke boleh duk dalam bilik?
    7)pergi kelas tak kesah ke pakai baju kurung atau sluar slack?tudung kaler?tak kisah?kasut?
    8)kat sane Ade kelas malam tak?prep Ade tak?
    9)kalau Catat nota tu selalunye pakai buku ke testpad??
    10)baju kurung agak2 bpe helai nak bawak?
    11)outing pakai baju ape?hari ape leh outing?
    12)kalau luar asrama kene ke paki skin sock?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg bangun kul 4.30pagi tue time orentasi je sbb nak kejar tandas.. takut full :) byk nyer soalan adik tanya hahaha.

      1) kalau tudung kmns yg sediakan utk orentasi.. akak tak tahu lrr tahun nie dia bagi tudung jenis camne pulak sbb dulu akak dapat tudung bawal je. dia ikut batch

      2)ada je

      3)masa orentasi kena pakai baju kurung lengkap sekali ngan kasut n stokin

      4) blh je dik cuma jgn main masa lect mengajar je

      5)tak payah tapi kalau rajin blh je nk pegi hahaha

      6) ikut adiklah.. kalau rajin ptg nk riadah blh je.

      7) pergi kelas kena pakai baju kurung je... kalau nk pakai seluar kena pakai baju koko matrik.

      8) depend on lect.. kalau lect nk buat kelas.. so kelas ada lrr hahaha tpi biasanya kelas kul 8 hingga kul 5 je. yang kelas malam nie biasanya masa nak ekat exam.

      9) x kisah. mana2 pun blh

      10) kalau blh kena bwk banyak sbb kena pakai hari2 pegi kelas

      11) benda nie yg akak paling benci.. adik kena pakai baju kurung kalau nk keluar outing hahaha. ari jumaat dan sabtu je blh.

      12)xkisah. kalau nk pakai pun blh.

      Delete
  4. Nak tanya, apa wifi password kat area makmal sains??

    ReplyDelete