Aku duduk satu hari itu, pejam mata dan fikir.
Sampai Bila?
Aku lihat diri aku.
Sudah jarang ketawa sekarang.
Mana pergi diri aku yang lama?
Mana pergi segala ketawa dan riang?
Aku tahu diri lama masih ada,
cuma diri baru yang celaka ini cuba ambil alih.
Sampai satu ketika itu aku sudah penat.
Penat dengan segala alasan yang aku cipta sendiri,
untuk sedapkan hati.
Aku tarik nafas panjang-panjang.
Aku lepaskan semuanya.
Aku lepaskan segala masa lalu aku,
yang buatkan aku sentiasa sangkut dengan kisah bodoh lama.
Itu bahagian lama.
Aku terima ketentuan aku.
Sudahlah.
Berambus.
Aku mahu hidup semula.
Dunia, aku kembali.
No comments:
Post a Comment