Everything is borrowed to us by Allah. Alhamdulillah for all the love that come across my life. Segala puji hanya pada Mu.
Okey post kali nie nak cite satu benda yang aku ternampak dalam facebook. Ada seorg si polan nie mendermakan wangnya kepada rumah anak2 yatim. Dalam 3 bulan dah 2x derma..si polan marah bila ejaan namanya pada sampul surat salah walaupun sudah masuk kali kedua mendermadan post gambar sampul surat + baucer derma tersebut di facebook..siap letak caption "saya rasa amat menjengkilkan bila nama dieja salah"
[Persoalannya :-]
*Mengapa anda lebih mementingkan ejaan nama yang 100% betul ketika menderma walaupun nama tersebut hanya tercatat pada sampul surat dengan alamat yang betul?
*Adakah ianya ikhlas kerana allah atau kerana nama?
*Tahukah anda, ada si polan yang menderma dengan hanya menggunakan nama singkatan "Hamba Allah"
* Renungkan
Semoga kita semua ikhlas bila menderma
Wednesday, 30 September 2015
Friday, 25 September 2015
Cerita Lawak- Harijadi saya ke-17
Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan. Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!
Cerita Seram- Bas Tanpa Pemandu
Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.
Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.
Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?
"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
Zahid feat Viral - Biasa
Lirik Lagu Biasa - Zahid ft Viral
Lirik dan Lagu : DJ Fuzz
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Bila lagi boleh rasa?
Mahu hidupku selesa
Janji bahagia
Sudah cukup sempurna
Bila lagi boleh bawa
Pusing satu dunia
Duit tak punya
Akan ku cari juga
Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa
Jangan risau aku cuba
Buat kau senyum semula
Tak seberapa
Cukup Untuk semua
Aku masih perlu masa
Selesaikan segalanya
Untuk mu
Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa
Mana tahu dalam terang ada jalan
Siapa cerdik tambah kuat kan bertahan
Pecut kuasa kuda tinggal yang perlahan
Jangan risau semua, pagi tadi aku sarapan
Terima kasih, kasih diterima
Belajar sampai tua, hidup beseminar
Aku buat sejarah, saksikan peristiwa
Senang lenang aku tenang, mama mia
Oh bagaimanapun
ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau
Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa
Tempat-tempat yang menarik di Kelantan
1. Kampung Kraftangan
Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan.
Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong. Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan.Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.
Budu, budu, budu...
Tak dapat dipisahkan dari negeri Kelantan.
Sebut je budu, mesti teringat Kelantan.
Sebut je Kelantan mesti teringat Budu.
Huahuahua
3.Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu.Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung. Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, wajib datang ke sini jika anda menginap di sekitar Kota Bharu.
4. Kota Sultan Ismail Petra
Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.
Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja.
Jika bercuti di Kelantan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke kawasan ini terutamanya jika anda pertama kali ke Kelantan.
5. Taman Tengku Anis Kota Bharu
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka.Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar ‘mencuci mata’ dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan,
Wakaf Che Yeh adalah tempat yang ‘wajib’ dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.
7. Pasar Besar Siti Khadijah
7 .Warung Pak Mat
Waktu operasi Warung Pak Mat adalah bermula pada jam 7 pagi sehingga jam 3 petang setiap hari kecuali hari Selasa..
Isu Jerebu, Takkan Pelajar Sekolah Je Cuti?
Ada yang mempertikaikan mengapa hanya sekolah diberi cuti apabila jerebu melanda. Mereka tak fikir kat pelajar universiti dan golongan pekerja ke? Apa mereka fikir budak sekolah je ke yang ada paru-paru. hahahaha
Okey kembali pada topik. Pengumuman penutupan sesi persekolahan bermula, 15 September 2015, yang membabitkan sekolah di beberapa buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka, melegakan banyak pihak memetik Astro Awani.
Dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan-kawasan terbabit mencecah 200, keputusan yang dibuat Kementerian Pendidikan semalam itu dilihat tepat pada masanya.
Namun begitu, di kalangan orang awam, ada segelintir yang mempersoalkan mengapa keputusan tersebut hanya membabitkan pelajar dan guru.
Golongan pekerja dan orang awam berpendapat jerebu teruk menyebabkan mereka tidak selesa untuk keluar bertugas seperti biasa.
Paling lantang meluahkan rasa tidak puas hati adalah golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang merasakan mereka juga wajar diberikan cuti.
Setakat ini, hanya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dilaporkan menangguhkan sesi pembelajaran untuk hari ini akibat jerebu.
Dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan-kawasan terbabit mencecah 200, keputusan yang dibuat Kementerian Pendidikan semalam itu dilihat tepat pada masanya.
Namun begitu, di kalangan orang awam, ada segelintir yang mempersoalkan mengapa keputusan tersebut hanya membabitkan pelajar dan guru.
Golongan pekerja dan orang awam berpendapat jerebu teruk menyebabkan mereka tidak selesa untuk keluar bertugas seperti biasa.
Paling lantang meluahkan rasa tidak puas hati adalah golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang merasakan mereka juga wajar diberikan cuti.
Setakat ini, hanya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dilaporkan menangguhkan sesi pembelajaran untuk hari ini akibat jerebu.
Subscribe to:
Posts (Atom)